Aku hairan bin hairan
semenjak zaman kuno hingga sekarang
aku rindu tetap merindu
kepada bulan nan satu
kupuja kuseru selalu
tetapi bulan tetap tenang selamba
seperti tiada perasaan dan tidak tergoda
tidakkah mahu pertimbangkan?
cintaku kebal
hak milik bulan penuh total.
Kesunyian malam
membuat tafsiranku berjela-jela
mahu juga merajuk
jika bulan tak pujuk, naya...
nanti dia menyampah
menyesal aku tak sudah.
Bulan tiada hati
hatinya gersang layu terkunci mati
tidak dia berganjak
bulan bisu menyimpul bahasa
kadang-kadang malu juga aku
dikata "pipi tersorong-sorong".
Aku pun satu
buat apalah terus memuja?
bukankah enggang sama enggang, pipit sama pipit?
kalau demikian sifir abakusnya
pungguk tentulah sama pungguk.
Tetapi duhai bulan
tidak berani mahu kuubah peribahasa
nanti kucar-kacir khazanah nenek moyang
maka kugenggam segulung keputusan
'kan kudongak ke langit tinggi
ber"wut-wut" memuja indahmu
cantik bulan memukau
purnamamu aku jadi sasau
walau kau di langit, aku di bumi
cahaya terangmu menyuluh seluruh hati
biarlah dikata insan:
"bagai pungguk merindui bulan."
kuseru namamu hingga pagi
wut, wut, wut....
semenjak zaman kuno hingga sekarang
aku rindu tetap merindu
kepada bulan nan satu
kupuja kuseru selalu
tetapi bulan tetap tenang selamba
seperti tiada perasaan dan tidak tergoda
tidakkah mahu pertimbangkan?
cintaku kebal
hak milik bulan penuh total.
Kesunyian malam
membuat tafsiranku berjela-jela
mahu juga merajuk
jika bulan tak pujuk, naya...
nanti dia menyampah
menyesal aku tak sudah.
Bulan tiada hati
hatinya gersang layu terkunci mati
tidak dia berganjak
bulan bisu menyimpul bahasa
kadang-kadang malu juga aku
dikata "pipi tersorong-sorong".
Aku pun satu
buat apalah terus memuja?
bukankah enggang sama enggang, pipit sama pipit?
kalau demikian sifir abakusnya
pungguk tentulah sama pungguk.
Tetapi duhai bulan
tidak berani mahu kuubah peribahasa
nanti kucar-kacir khazanah nenek moyang
maka kugenggam segulung keputusan
'kan kudongak ke langit tinggi
ber"wut-wut" memuja indahmu
cantik bulan memukau
purnamamu aku jadi sasau
walau kau di langit, aku di bumi
cahaya terangmu menyuluh seluruh hati
biarlah dikata insan:
"bagai pungguk merindui bulan."
kuseru namamu hingga pagi
wut, wut, wut....











